Wednesday, July 29, 2009

PROGRAM RIMUP






TARIKH : 29 Julai 2009
MASA : 8.00 - 1.00 tengah hari
TEMPAT : SK Dato' Mas'ud

Pada hari ini, SK Dato' Mas'ud (SKDM) telah mengadakan Program RIMUP ( Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan) dengan kerjasama SJKT Ladang Kalumpong (SJKTLK), Bagan Serai. Program ini bertujuan untuk mengeratkan perpaduan antara sekolah2 ini. Kesemua murid SKDM dari tahun 1-6 telah terlibat dalam program ini disertai dengan 3 orang murid dari SJKTLK. Seramai 4 orang guru dari SJKTLK juga turut hadir termasuklah guru besar, En. Anantha.
Beberapa program telah dirancang untuk hari ini. Antaranya ialah senamrobik beramai-ramai. Kesemua guru dan murid telah menyertainya....ia dikendalikan oleh Cikgu Yusairi...Wah...best bangat....semua berpeluh2..
Setelah hampir sejam bersenam robik, semua murid dan guru berhenti rehat....aahhh..leganya dapat minum setelah berpeluh2..menunya..roti dan sirap...ok le tuuu...
Setelah berehat dan penat tadi dah hilang...semua murid dan guru masuk ke dalam dewan untuk mendengar ceramah kesihatan yg disampaikan oleh Puan. Nor Razana. Murid yg berjaya menjawab soalan...dapat hadiah...bestnya...rugi tak jawab...Sehinggalah pukul 1.00, majlis pun berakhir. Murid diberi jamuan makan...gitu juga guru2...lunch bersama2...menunya...wow..sedap..sehingga menjilat jari..gulai ayam, ikan goreng, ikan masin, ulam2an, sambal belacan...mmmmmmmmmm...sedapnyaaa...
Dah kenyang...semua orang bersurai le...terima kasih kepada semua yg terlibat...cikgu2 dan murid2 dari SJKTLK dan juga warga SKDM....
Tahun depan kita berjumpa lagi yee....

Read more...

Saturday, July 25, 2009

Lawatan Prasekolah ke Pulau Pinang






Tarikh : 23 Julai 2009 (Khamis)

Pada tarikh tersebut, seramai 23 orang murid2 pra sekolah SK Dato' Mas'ud dibawa melawat ke Pulau Pinang dengan ditemani oleh penjaga masing2 dan beberapa orang guru. Tempat2 menarik yang dilawati ialah Taman Burung Seberang Jaya dan juga Bukit Bendera.
Di Taman Burung Seb. Jaya, murid-murid berpeluang melihat banyak burung dari Malaysia dan juga luar negara. Murid2 juga berpeluang melihat 'Birds Show'...Wow..best sangat...
Pukul 12.00 tengahari, kami bertolak ke Pulau Pinang dan terus menuju ke Bukit Bendera. Di puncak bukit, kami menjamu selera, mandi dan solat. Setelah puas berehat, kami pun turun dan terus ke Plaza Chowrasta...tempat yg terkenal dengan jeruk buah2an....memborong sakan le...
Dalam pukul 6.45 ptg, kami pun bertolak pulang ke SKDM...
Untuk adik2 prasekolah...
Moga adik2 semua dapat banyak pengalaman dan pengetahuan.......ok...semoga berjaya....

Read more...

LADAP


Tarikh : 25 Julai 2009
Masa : 9.00 - 2.00 petang
Tempat : Makmal Komputer SKDM

Terdapat 2 sessi untuk LADAP hari ini. Sessi pertama merupakan ceramah yang bertajuk Keprofesionalisme Keguruan yang disampaikan oleh Tn. Hj Tajon Aros b. Hj Ibrahim, mantan Guru Besar SK Jln Matang Buluh. Banyak pengalaman beliau sepanjang perkhidmatan yang telah diceritakan. Sememangnya semua itu cukup berharga untuk guru2 jadikan sebagai panduan.
Sessi kedua pula merupakan pembentangan kajian tindakan yang telah disampaikan oleh 4 orang guru. Tahniah kepada mereka. Semoga apa yang disampaikan pada hari ini menjadi satu titik tolak untuk memartabatkan lagi proses P&P ke arah yang lebih cemerlang.

Read more...

Tuesday, July 21, 2009

KURSUS PEMBINAAN BLOG PUSAT SUMBER

Satu kursus pembinaan blog telah diadakan untuk guru-guru pusat sumber/media.

Tarikh : 20-22 Julai 2009
Masa : 2.30- 5.00 petang
Tempat : Pusat Kegiatan Guru, Teluk Medan
Penceramah : En. Nordin b Jaafar
Tn. Hj Mohd Khairuddin b Ramli

Begitu banyak ilmu yang diperolehi. Semoga dapat dimanfaatkan sepenuhnya...


Read more...

SELAMAT DATANG

Sekolah Kebangsaan Dato' Mas'ud,
34300 Bagan Serai,
Perak.

No tel : 05-7218013
Fax : 05-7210600


















Read more...

PAPAN KENYATAAN

About This Blog

SELAMAT DATANG
KE BLOG PUSAT SUMBER SKDM,34300 BAGAN SERAI, PERAK.

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP