Wednesday, July 29, 2009

PROGRAM RIMUP






TARIKH : 29 Julai 2009
MASA : 8.00 - 1.00 tengah hari
TEMPAT : SK Dato' Mas'ud

Pada hari ini, SK Dato' Mas'ud (SKDM) telah mengadakan Program RIMUP ( Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan) dengan kerjasama SJKT Ladang Kalumpong (SJKTLK), Bagan Serai. Program ini bertujuan untuk mengeratkan perpaduan antara sekolah2 ini. Kesemua murid SKDM dari tahun 1-6 telah terlibat dalam program ini disertai dengan 3 orang murid dari SJKTLK. Seramai 4 orang guru dari SJKTLK juga turut hadir termasuklah guru besar, En. Anantha.
Beberapa program telah dirancang untuk hari ini. Antaranya ialah senamrobik beramai-ramai. Kesemua guru dan murid telah menyertainya....ia dikendalikan oleh Cikgu Yusairi...Wah...best bangat....semua berpeluh2..
Setelah hampir sejam bersenam robik, semua murid dan guru berhenti rehat....aahhh..leganya dapat minum setelah berpeluh2..menunya..roti dan sirap...ok le tuuu...
Setelah berehat dan penat tadi dah hilang...semua murid dan guru masuk ke dalam dewan untuk mendengar ceramah kesihatan yg disampaikan oleh Puan. Nor Razana. Murid yg berjaya menjawab soalan...dapat hadiah...bestnya...rugi tak jawab...Sehinggalah pukul 1.00, majlis pun berakhir. Murid diberi jamuan makan...gitu juga guru2...lunch bersama2...menunya...wow..sedap..sehingga menjilat jari..gulai ayam, ikan goreng, ikan masin, ulam2an, sambal belacan...mmmmmmmmmm...sedapnyaaa...
Dah kenyang...semua orang bersurai le...terima kasih kepada semua yg terlibat...cikgu2 dan murid2 dari SJKTLK dan juga warga SKDM....
Tahun depan kita berjumpa lagi yee....

0 comments:

PAPAN KENYATAAN

About This Blog

SELAMAT DATANG
KE BLOG PUSAT SUMBER SKDM,34300 BAGAN SERAI, PERAK.

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP